Penguatkuasa Mengesan Lelaki Membuang Parcel Di Tempat Larangan

Tindakan membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya seharusnya tidak menjadi tabiat seseorang individu. Tindakan ini boleh mengakibatkan pencemaran dan seeloknya sampah perlu dibuang di tempat yang sepatutnya.

Hal ini terjadi terhadap seorang lelaki yang membuang parcel di tempat yang tidak sepatutnya dan maklumat itu dikongsi oleh pengguna Twitter menerusi akaun @redzuanNewsMPB dimana pihak berkuasa menemukan satu longgokan sampah berdekatan dengan papan tanda amaran kawasan larangan membuang sampah.

Pihak berkuasa mengesan individu yang membuang sampah itu menerusi alamat rumah yang masih tertera di parcel berkenaan dan melalui posting itu juga terdapat satu gambar yang menunjukkan individu berkenaan berani membuang sampah di kawasan tersebut.

Advertisement

Jelas tertera bahawa papan tanda amaran dapat dilihat dan denda RM 500 akan dikenakan kepada sesiapa yang melakukannya.

Seeloknya orang ramai dinasihati untuk mematuhi peraturan dan elakkan untuk membuang sampah merata-rata.

Sumber 

Comments

comments