Pengunjung Disyaki Dijangkiti COVID-19, Lost World Of Tambun Ditutup 14 Hari

Selepas mendapati salah seorang pengunjung disyaki terlibat COVID-19, taman tema Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak kini ditutup sementara.

Menurut kenyataan pihak pengurusan taman tema itu, mereka difahamkan secara lisan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai hal tersebut.

Rentetan kejadian, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020, pihaknya sebulat suara akan menutup Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel selama 14 hari.

Advertisement

Ia bertujuan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema dan hotel bagi melindungi para pengunjung dan orang ramai. Malah, pihaknya juga tampil memaklumkan bahawa KKM juga telah segera melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

Sumber: Sinar Harian

Comments

comments