Pengusaha Premis Cuci Kereta Curi Curi Beroperasi Untuk Cari Makan

cuci kereta

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak sebulan lalu mengehadkan pergerakan dan operasi perniagaan yang dijalankan. Namun, terdapat pengusaha cuci kereta yang curi-curi beroperasi semasa PKP dilaksanakan bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan oleh pihak berkuasa.

Pengusaha yang berusia lingkungan 50-an menjalankan khidmat cuci kereta di kawasan rumahnya yang terletak dengan pusat cuci kereta milik keluarganya. Dia dilihat memanggil pelanggan yang berhenti di pusat cuci kereta untuk mengalihkan kenderaan di rumahnya.

cuci kereta

Menurutnya, dia memberanikan diri untuk membuka semula operasi sejak beberapa hari lalu berikutan kebanyakkan perniagaan sudah beroperasi. Dia juga bertindak demikian  disebabkan permintaan pelanggan selain perlu untuk ‘cari makan’ untuk meneruskan kehidupan menyara keluarga .

Advertisement

“Kebanyakkan yang datang cuci kereta adalah dalam kalangan penduduk sekitar. Saya tengok pelanggan juga. Kalau ada yang memerlukan, saya bantu. Hampir lima buah kereta sudah dicuci dalam tempoh masa kurang sejam beroperasi”.

Selain itu, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzer yang juga seorang pengusaha cuci kereta meminta agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran untuk pusat cuci kereta kembali beroperasi.

“Kami pengusaha cuci kereta dah buat rayuan dan hantar petisyen mohon kerajaan beri pertimbangan, namun sehingga kini permintaan kami tidak dilayan. Sedangkan kami pengusaha perlukan pendapatan untuk bayar sewa kedai. Apabila perniagaan tak jalan, saya terpaksa berhentikan pekerja”. 

Tambahnya, pihak pengusaha tidak mengharapkan bantuan kewangan sebaliknya, hanya memberi kebenaran untuk pusat cuci kereta kembali beroperasi seperti sedia kala.

“Apabila pusat cuci kereta tidak dibenarkan beroperasi, ia akan menyusahkan mereka yang tinggal di rumah bertingkat untuk cuci kereta, jangkitan kuman juga tinggi kerana kenderaan tidak dilakukan sanitasi atau pembersihan”.

Dalam masa yang sama, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang selaku aktivis masyarakat, berkata ia adalah satu tindakan yang tidak wajar jika idak dibenarkan beroperasi.

uncle kentang

“Saya sendiri hadapi kesukaran untuk cuci van jenazah. Biasanya van jenazah ini perlu dicuci setiap kali lepas digunakan untuk kebersihan, tapi apabila tiada kedai yang buka memang masalah”.

Beliau juga berharap agar MKN mempertimbang dan meneliti rayuan daripada pengusaha pusat cuci kereta dan perketatkan SOP jika perlu

“Pengusaha pusat cuci kereta pun nak hidup juga. Risiko jangkitan di pusat cuci kereta lebih rendah berbanding kawasan tumpuan awam seperti di pasaraya yang boleh berniaga”.

Beliau berharap kerajaan membenarkan pusat cuci kereta kembali dibuka dan beroperasi seperti biasa dan menggalakkan sanitasi pada kenderaan untuk mengelakkan penyakit dan wabak semasa COVID-19.

sumber

SUMBERSinar Harian

Comments