Penjara 5 Tahun Dan Denda Buat Pengembara Dari India Yang Tiba Di Australia

coronavirus

Pihak berkuasa Australia mengumumkan individu dari India yang tiba di Australia akan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun.

Ia bagi mengelak kemasukan pengembara dari India yang tidak menggunakan penerbangan terus dari India.

Langkah itu dibuat selepas pengharaman kemasukan pengembara dari India ke Australia susulan penularan gelombang kedua Covid-19 di negara Asia Selatan itu.

Mulai Isnin ini, mana-mana individu yang tiba di Australia dan sudah berada di India dalam tempoh 14 hari sebelumnya berdepan hukuman penjara dan denda.

Advertisement

coronavirus

Umum tahu negara India merekodkan kes harian global tertinggi dengan 385,000 kes dalam tempoh 24 jam pada Jumaat dengan 3,500 kematian.

Susulan itu, ia menyebabkan hospital sesak dengan pesakit, pusat pengebumian pula dipenuhi mayat pesakit Covid-19 menunggu untuk dibakar.

SUMBER

Comments

comments