Penjarakan Sosial Sukar Dikawal, Polis Tak Teragak Cadang Tutup Pusat Rekreasi

Pusat rekreasi

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor telah beralih ke Fasa 2 PPN dan tiada lagi sekatan jalan raya dibuat pihak polis. Mesti ramai yang kuat bersama keluarga untuk pergi beriadah dan sebagainya kan?

Menurut laporan Berita Harian, polis tidak teragak-agak mencadangkan kepada pihak berkuasa agar pusat rekreasi ditutup semula sekiranya orang awam tidak melakukan penjarakkan sosial ketika berada di luar.

Pihak polis akan membuat pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan Lembah Klang dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff.

“Polis menyedari keghairahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama membabitkan warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.”

“Bagaimanapun, jika keadaan tidak dapat dikawal akibat kesesakan dan pengunjung terlalu ramai, polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan supaya pusat rekreasi ditutup.”

Tapi betul juga kan? Nanti bila kes meningkat balik, kita semua yang susah. Apapun, jangan lupa untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya kita semua dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti wabak yang melanda.

Advertisement

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERBerita Harian

Comments