Penjual Kecewa Pelanggan Buang Kek Bajet & Ugut Nak Viralkan

Gambar Kek Bajet Yang Dibuang Oleh Pelanggan

Tular baru-baru ini di salah sebuah platform media sosial iaitu laman sesawang Facebook, memaparkan seorang penjual kek bajet meluahkan kekecewaannya terhadap seorang individu yang merupakan pelanggannya kerana dia telah diugut untuk diviralkan.

Ini disebabkan pelanggan tersebut tidak berpuas hati kerana kek yang dibelinya dipercayai tidak ada rasa, erti kata lain ‘tasteless‘. Dek kerana itu, pelanggan tersebut bertindak membuang kek tersebut ke dalam tong sampah.

Lebih menyedihkan lagi, dia gigih menghantar klip video tindakannya membuang kek itu kembali kepada penjual tersebut dan mengugut untuk viralkan. Penjual tersebut meluahkan rasa kecewa dan sedih di laman Facebooknya.

Perkongsian luahan tersebut mendapat banyak reaksi daripada pengikut laman sosialnya itu dan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pelanggan berkenaan.

Advertisement

Kek bajet dibuang dalam plastik sampah

Berdasarkan perkongsian penjual kek bajet tersebut iaitu Ain Syaf, dia berasa terkilan dengan sikap pelanggannya itu kerana tergamak membuang kek yang dibuatnya ke dalam plastik sampah.

Kek Bajet Dibuang Dalam Tong Sampah

Tidak mengapa jika tidak suka, tetapi tidak perlulah sampai bertindak begini kan? Menurutnya, dia telah menerima kiriman WhatsApp daripada pelanggan berkenaan yang memaklumkan kek tersebut langsung tidak mempunyai perisa dan hanya rasa gula icing sahaja.

Tambahnya lagi, ini merupakan kali yang pertama dia menerima¬†feedback¬†sebegini rupa yang mengatakan kek bajet RM10 tidak ada ‘rasa’ selama tempoh penjualannya.

WhatsApp Customer Penjual Kek Bajet

“Dia covid ni, deria rasa pon dah hilang”

Di ruangan komen perkongsian Ain Syaf itu, rata-rata warganet turut simpati dengan nasib yang dilaluinya. Ada juga yang menyatakan kepadanya ini merupakan salah satu ujian dalam perniagaan dan turut mendoakan perniagaannya terus maju.

Lebih menjadi perhatian, terdapat beberapa komen yang mencuit hati mengatakan pelanggan tersebut mungkin telah dijangkiti virus Covid-19 kerana hilang deria rasa. Sampai ada yang menyuruhnya untuk pergi buat swab test lah!

Comment Facebook Penjual Kek Bajet

Kalau korang pernah menghadapi situasi seperti ini, banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih elok yang boleh dibuat dan tidak perlulah sampai mengugut penjual. Bincang elok-elok lah!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERFacebook

Comments