Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China

wuhan

Ular daripada spesies banded krait (bungarus multicinctus) dipercayai sebagai punca utama penyebaran wabak coronavirus di China. Sebelum ini, sebuah pasar basah di Wuhan yang menjual haiwan-haiwan eksotik itu ditutup selepas beberapa kes jangkitan direkodkan. Kerajaan China juga telah menutup Wuhan buat sementara waktu untuk mengelakkan penduduk mereka keluar dari bandar itu.

Baca: Wabak Misteri Bermula Dari Pasar Jualan Haiwan Eksotik Menyebabkan Wuhan Kini Ditutup Buat Sementara

Menurut laporan, penjualan ular spesies banded krait merupakan ular elapid paling berbisa yang biasanya ditemui di tengah dan selatan China serta Asia Tenggara. Sebelum ini, beberapa kajian dilakukan ke atas kod genetik virus itu mendapati ia mempunyai persamaan rapat dengan sampel virus korona seperti SARS dari China.

ular

Para penyelidik juga mendapati urutan genom virus menunjukkan virus kelawar mengalami mutasi sebelum menjangkiti manusia. Berdasarkan sejarah sebelum ini, virus SARS dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) direkodkan sebagai virus zoonatik yang membawa maksud kumpulan pesakit pertama yang dijangkiti secara terus dari haiwan.

Manakala wabak coronavirus ini turut tergolong dalam kumpulan yang sama selepas kumpulan pertama yang dijangkiti adalah pekerja dan pelanggan di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan. Pasar tersebut turut menjual pelbagai haiwan hidup termasuk unta, kambing biri-biri, khinzir dan ternakan.

Sebelum ini juga, saintis membuktikan virus ini boleh dijangkiti sesama manusia dengan mudah walaupun individu itu tidak pernah ke Wuhan. Beberapa kes turut direkodkan di mana pekerja kesihatan yang menjaga pesakit yang dijangkiti turut mendapat jangkitan. Buat masa ini, sebarang jenis pengangkutan awam di Wuhan ditutup buat sementara bagi mengelakkan penduduk di sana keluar daripada bandar itu.

Artikel berkaitan: Saintis Mahu Putuskan Sebarang Interaksi Wuhan Dengan Seluruh Dunia Bagi Hentikan Penyebaran Wabak Coronavirus

Comments

comments