“Penstrukturan Semula Bayaran PTPTN Hukum Pembayar Yang Berdisiplin”

204

Penstrukturan semula bayaran Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan Menteri Pelajaran , Dr Maszlee Malik menyebabkan reaksi bengang oleh Netizen yang menganggap ia keputusan yang tidak adil.



Mengikut penstrukturan terbaru, gaji peminjam bakal ditolak dari 2% sehingga 15% mengikut tangga gaji. Ia sememangnya menguntungkan mereka yang bergaji rendah, tetapi sesetengah netizen menyifatkannya zalim dan berlawanan dengan janji-janji kerajaan baru sebelum memenangi Pilihanraya Umum lepas.

Menurut Pengerusi PTPTN baru, Wan Saiful Wan Jan:

Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan yang kurang berada tidak terbeban, manakala mereka yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan.”

Kenapa hukum sekali golongan yang konsisten dan berdisiplin bayar hutang?

Netizen berpendapat, penstrukturan ini hanya menguntungkan mereka yang bergaji rendah dan tidak adil yang bergaji tinggi.

Ini kerana ramai yang berdisiplin membuat  bayaran balik mengikut perjanjian yang ditandatangani semasa belajar di institusi pengajian tinggi. Setelah ditolak semua komitmen, ada yang telah membeli rumah dengan pendapatan lebihan.

Penstrukturan semula menyebabkan mereka terpaksa membayar lebih tinggi dari jumlah yang ditandatangani dalam perjanjian dan mereka bakal kurang wang untuk dibelanjakan kepada perkara-perkara penting seperti membiayai perbelanjaan anak-anak, makanan dan sebagainya, terutamanya dengan peningkatan kos sara hidup di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Akan saman PTPTN

Ingin bunuh diri

Bank pun tak pernah buat macam ini

Disebabkan keputusan itu, Wan Saiful mendapat kecaman hebat Netizen. PTPTN seterusnya mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa keputusan itu adalah sah di sisi undang-undang dan PTPTN akan hanya mendengar rayuan mereka yang memerlukan pertimbangan khas.

 

Ia bagaimanapun disifatkan sebagai satu kenyataan yang bersifat angkuh.

Malah ada yang memintanya meletak jawatan.

Ada yang berpendapat, Wan Saiful ialah contoh orang Melayu berada yang tidak mengerti kesusahan golongan atasan B40 dan bawahan M40 tempatan kerana tinggal lama di luar negara.

Malah ada yang memberitahu bahawa Pakatan Harapan hanya kerajaan sepenggal sahaja dan akan mengundi parti lain semasa Pilihanraya Umum akan datang.

Bagaimanapun, beberapa orang kuat Pakatan Harapan termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tidak bersetuju dengan penstrukturan semula tersebut dan berjanji akan membangkitkan mengenainya dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Apa pun, semua peminjam menunggu keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini. Keputusan hari ini pastinya boleh memberi impak kepada sokongan rakyat terutamanya anak muda terhadap kerajaan Pakatan Harapan di Pilihanraya Umum akan datang. – amazingnara.com

 

Comments

comments