Pentingkah Ijazah Pada Zaman Sekarang? Benarkah Ia Beri Jaminan Kepada Masa Depan Anda?

9

Sejak daripada bangku persekolahan lagi kita sudah mendengar kata-kata kalau dalam menuntut ilmu, ijazah adalah sangat penting untuk masa depan yang lebih cerah. Orang yang ada kelulusan universiti ini dianggap hebat dan dihormati.

Namun, pada hari ini segalanya hampir berubah, pelbagai isu yang timbul sehingga pendidikan bukanlah penentu kepada kejayaan seseorang pada zaman sekarang. Kita lihat sahaja pada statistik pengangguran di negara ini, masih banyak graduan yang tidak bekerja serta sukar untuk mencari pekerjaan walaupun mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang profesional.

Ada pendapat mengatakan pemilikan ijazah bukan sebagai sesuatu yang penting, kerana jumlah pemegang ijazah sudah terlalu ramai dan sekaligus menyebabkan nilai pemegang ijazah itu sendiri sudah menurun.

Lebih banyak juga majikan yang mementingkan kemahiran seseorang dalam melakukan pekerjaan berbanding dari segi ‘theory’ sahaja. Cuba anda fikir, kita tahu apa yang dipelajari sahaja tetapi bila mula menempuh alam pekerjaan adakah kita benar-benar tahu untuk menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan?

Ilmu itu bukan hanya boleh diperolehi menerusi ‘kelayakan’ kertas tetapi sebaliknya seseorang itu perlu  mendalami kemahiran relevan serta pengetahun baru dalam bidang-bidang yang membangun dan memanfaatkan setiap kehamiran yang ada.

Dalam erti kata lain, ‘ijazah dari jalanan’ juga amat penting kerana ia ilmu yang kita tidak akan dapat dimana-mana selain daripada pendedahan diri kepada persekitaran luar yang lebih mencabar, penuh pancaroba. Bukan itu sahaja, ia meningkatkan kemahiran kita untuk menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai  dan mentafsir keadaan semasa,

Bukan hendak kata tidak perlu langsung menuntut ilmu tetapi perlu ubah ‘mindset’ bahawa kita belajar ijazah bukan tiket untuk dapat kerja. Perlu fikirkan alternatif lain untuk meneruskan kehidupan setelah tamat belajar. Buat satu senarai dan kemudian pilihlah yang mana terbaik untuk diri anda.


Jangan terlampau memilih pekerjaan, apa yang penting timba pengalaman dahulu dan yakin satu hari nanti akan ada rezeki untuk anda.  Ramai juga yang berjaya di luar sana tanpa ijazah dan menjadi seorang yang hebat dalam bidang mereka ceburi. Memang akan ada kata-kata sinis daripada sesetengah masyarakat yang kata “ eh, kata ada ijazah tapi kerja biasa-bisa je”, pedulikan semua itu, kerana mereka tidak tahu apa yang anda lalui.

Apa yang kami tulis ini cuma pendapat peribadi sahaja dan setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu ini. Apa pula pendapat anda?

Tinggalkan komen anda