Penunjuk Perasaan Berprotes Selepas Iran Mengaku Menembak Pesawat Ukraine Secara Tidak Sengaja

694
Sumber: Bloomberg

Pada minggu lalu, pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Ukraine dilaporkan terhempas di Iran dan mengorbankan kesemua 180 penumpang. Sebahagian daripada penumpang di dalam pesawat ialah rakyat Iran dan Iran-Kanada di dalam perjalanan ke Kyiv, Ukraine.

Baca: Pesawat Ukraine Terbakar Sebelum Terhempas, Juruterbang Dilaporkan Tidak Berhubung Minta Bantuan

Iran di dalam satu kenyataan akhirnya mengaku pasukan tentera negara tidak sengaja menembak jatuh pesawat Ukraine selepas beberapa kali menidakkan dakwaan itu. Kenyataan yang dihebahkan di saluran televisyen negara itu diikuti dengan permohonan maaf dari Presiden Iran.

Kesilapan ini dikatakan kerana ketegangan yang berlaku diantara Iran dan Amerika Syarikat di mana kedua-dua negara berada di dalam keadaan berjaga-jaga dengan satu sama lain. Sementara itu, Presiden Ukraine meminta permohonan maaf secara rasmi dari Iran dan membenarkan mereka membuat siasatan penuh kejadian itu.

Sumber

Presiden Iran kemudian memuatnaik satu permohonan maaf di laman Twitter miliknya berhubung kejadian itu. Beliau juga menyampaikan salam takziahnya kepada mangsa yang terkorban dan mereka menyesal dengan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakuakn ini.

 

Mahu keadilan

Sementara itu, penunjuk perasaan di Iran mahu pemimpin tertinggi Iran untuk meletakkan jawatan selepas tidak mengaku kesilapan mereka pada awal kejadian. Pesawat yang baru sahaja berlepas dari Imam Khomeini International Airport itu terhempas setelah ditembak oleh pasukan tentera Iran.

penunjuk perasaan Iran

Mangsa yang terkorban terdiri daripada rakyat Iran (82), Kanada (63), Ukraine (11), Sweden (10), Afghanistan (4), Jerman (3)   dan Britain (3). Penunjuk perasaan meminta pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei bertanggungjawab di atas insiden itu dengan meletakkan jawatan.

Pengakuan kesilapan dari pihak tentera itu menambahkan lagi kemarahan rakyat Iran yang kemudian melakukan protes di jalanan setiap hari. Pasukan keselamatan dikerah untuk berkawal berikutan jumlah penunjuk perasaan yang semakin meningkat terutamanya dalam kalangan pelajar.

Sebahagian daripada korban kejadian merupakan pelajar universiti yang berhijrah ke Kanada menyebabkan protes turut dilakukan di kawasan universiti seperti di Shahid Beheshtri University. Video protes jalanan ini turut dikongsikan di media sosial dan mendapat sokongan dari ramai pihak termasuk Amerika Syarikat.

 

Sementara itu, Presiden Donald Trump melahirkan sokongannya pada penunjuk perasaan di Iran dan memberi amaran kepada pemimpin Iran untuk tidak melibatkan penunjuk perasaan dengan membunuh mereka yang tidak bersalah. Trump juga turut memuatnaik sokongannya di Twitter dengan menggunakan bahasa Parsi, bahasa rasmi di Iran.

 

Sebelum ini, Iran melancarkan serangan peluru berpandu kepada pangkalan Amerika Syarikat di iraq selepas pembunuhan Jeneral Tertinggi Iran iaitu Jeneral Qasem Soleimani. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Iran Mula Hantar Serangan Kepada Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Iraq

Comments

comments