Penyampai Radio Hitz Sarawak Digantung Akibat Gelakkan Guru Bahasa Inggeris

Negara kita Malaysia sememangnya amat menitik beratkan penguasaan bahaya Inggeris yang merupakan bahasa kedua yang perlu dipelajari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tapi, mengetawakan seseorang yang mungkin ada kesalahan bahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang baik.

BACA : Gelakkan Sebutan Bahasa Inggeris Guru, Penyampai Radio Ini Dikecam Netizen

Kelakuan ini dilakukan oleh seorang penyampai radio Hitz Sarawak yang mengetawakan seorang guru Bahasa Inggeris dalam sebuah saluran TV pendidikan dan dinaikkan dalam akaun TikTok miliknya.

Perbuatan memperlekehkan guru itu teruk dikecam netizen yang dilihat tidak baik. Akibat dari itu, Pengurus Besar ASTRO Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin telah membuat keputusan pantas.

Advertisement

“HITZ berkomitmen untuk menghiburkan dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan tulus meminta maaf atas isu viral salah seorang penyampai radio kami terhadap sebuah video baru-baru ini. Kami memandang serius perkara ini, dan akan melancarkan siasatan dalaman mengenai perkara ini. Sementara itu, penyampai tersebut akan digantung tugasnya”. – Katanya.

Diharapkan apa yang terjadi ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua. Elak jadikan sosial media sebagai tempat menunjukkan perangai kurang bijak kita kerana ia boleh beri kesan buruk kepada hidup kita.

Sumber

Comments

comments