Penyerang Islamofobia Halau Wanita Muslim Amerika, Persoalan Terjawab Bila Disoal Polis…

Gangguan disebabkan Islamofobia kerap kali dilaporkan di media lebih-lebih lagi selepas serangan pengganas 11 September 2001. Sentimen kebencian terhadap Islam semakin menjadi-jadi di seluruh dunia.

Nahla Ebaid, wanita Amerika keturunan Mesir berada di sebuah farmasi di Florida, Amerika Syarikat sebelum dia diganggu oleh seorang wanita secara verbal.

Nahla memuat naik beberapa video ke Facebooknya memperlihatkan penyerang berambut perang tersebut menghina dirinya, pakaian, agama dan kewarganegaraan.

Advertisement

 

Pekerja di farmasi itu kemudian mengarahkan penyerang terbabit memakai mask dan wanita itu berkata dia berharap berasal dari negara asal Nahla supaya tidak perlu berbuat demikian.

Penyerang itu juga memerli pakaian Nahla beberapa kali. ‘Cantiknya, sayang, selaklah pakaian tu.’ Selain itu, wanita itu juga memanggil Nahla ‘betina hodoh’ dan bertanya ‘Kenapa pakai macam tu?’.

Tidak lama kemudian, polis sampai di tempat kejadian untuk meleraikan keadaan. Lucunya, ketika ditanya dari mana si penyerang itu berasal, dia berkata dia datang dari Ukraine. Anggota polis ‘membalas’ balik menyuruh dia pulang ke negara asal. Penyerang itu kemudian dirakam merayu untuk tidak dilayan sebegitu selepas digari.

Kredit: Newsweek, Nahla Ebaid, Middle East Eye

Comments