Peperiksaan SPM 2020 Norma Baharu Bagi 401,105 Calon Seluruh Negara

SPM 2020

Hari ini bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 401,105 calon yang sepatutnya menduduki SPM pada tahun 2020 dalam suasana negara masih berdepan dengan wabak Covid-19.

Ia menjadi perbezaan yang ketara berbanding tahun sebelumnya kerana mereka wajib memakai pelitup muka untuk mencegah penularan wabak dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di dalam dewan peperiksaan selain perlu membawa peralatan menulis.

Sementara itu, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 di mana ia bermula pada jam 8 pagi dan 2 petang pada hari pertama peperiksaan berlangsung. Mereka menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan besar dalam norma baharu.

Setiap hari, calon perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap sebelum memasuki dewan dan mereka juga perlu mengambil suhu badan sepanjang tempoh menduduki peperiksaan.

Advertisement

Sepanjang tempoh peperiksaan SPM dijalankan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjamin keselamatan calon.

proses disinfeksi

Bagi calon yang didapati positif Covid-19 pula, mereka tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan pada hari tersebut bersama calon yang lain dan hanya boleh menduduki peperiksaan selepas disahkan berada dalam keadaan sihat beserta surat pengesahan doktor.

Seramai 48,014 pengawas peperiksaan yang bertugas untuk memastikan SOP yang dilaksanakan dipatuhi oleh semua calon sepenjang tempoh peperiksaan dijalankan sehingga 25 Mac tahun ini.

Sumber

 

Comments

comments