Peragut Menangis Rayu Motor Dikembalikan Lebih Takut Isteri Dari Jenayah Dilakukan

1293

Seorang lelaki yang telah melakukan kesalahan meragut menangis di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) merayu supaya motorsikal yang digunakannya semasa melakukan jenayah tidak dirampas oleh pihak berkuasa.

Hilang terus kejantanan dalam diri seorang lelaki. Berani buat berani tanggung lah kan?

Mengapa suspek nak sangat motor? Sebab takut akan si isteri tuan empunya motorsikal.

Ketika kejadian, peragut lupa menutup enjin motornya lalu meninggalkan begitu sahaja selepas meragut mangsa. Mangsa apa lagi bawa motor tersebut ke balai polis.

Insiden ini menjadi tular di Facebook selepas posting mengenainya dimuat naik oleh mangsa.

Pengguna FB rata-rata menyifatkan tindakan peragut itu seolah-olah lebih takut kepada isterinya berbanding melakukan jenayah ragut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md. Asri A. Wahab mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan, mangsa telah mendapat semula beg duit yang telah diragut oleh suspek tersebut selepas lelaki itu hadir ke IPD bagi menuntut motosikalnya.

Comments

comments