Peranti Samsung Antara Telefon Pintar Paling Laku Diklon Di China

telefon pintar jenama Samsung

Sebut sahaja Samsung, pasti ramai yang cukup kenal akan jenama barangan elektronik yang sangat famous di dunia terutamanya telefon pintar.

Pernah menjadi bualan ramai seketika dahulu apabila telefon pintar keluaran Samsung dikaitkan dengan pengeluaran palsu dan kemelut pemalsuan peranti ini masih berlanjutan sehingga kini terutamanya di negara China.

telefon pintar Samsung

China sememangnya terkenal dengan penciptaan semula atau peniruan sebarang jenis produk. Semalam, 15 Mac merupakan tarikh istimewa sempena kempen ‘Hari Menentang Pembelian Barangan Palsu’.

Advertisement

logo Samsung

Menurut portal berita gajet Gizchina, telefon pintar Samsung adalah antara yang paling banyak diklonkan di pasaran China. Lantaran itu, media tempatan telah mengeluarkan laporan berkaitan data pengeluaran peniruan telefon pintar mengikut model berdasarkan aplikasi AnTuTu.

Mengikut laporan, AnTuTu berjaya mengesan 34% bersamaan 29,256 unit telefon pintar Samsung telah dipalsukan bermula pada Mac 2020 sehingga Februari 2021.

data laporan majalah China

Lebih mengejutkan, model Galaxy S9+ berada di tangga teratas dengan pemalsuan sebanyak 8,097 unit diikuti Galazy Note 10+ (7,532 unit), Samsung W2019 (3,747 unit) kemudian Galaxy Note 9 dan Galaxy S9 yang mencatatkan masing-masing 5,663 dan 4,227 unit.

Walau bagaimanapun, model telefon pintar palsu yang berada di tangga pertama masih lagi mengekalkan model HUAWEI P10 (66,085 unit) dan iPhone X (16, 495 unit) di tangga kedua.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEThe Vocket