Peraturan Berdiri Di Sebelah Kiri Eskalator Membahayakan? Jepun, Hong Kong Dan London Mahu Hentikan Peraturan Ini

Setiap kali menaiki eskalator, kebiasaannya kita akan beratur di sebelah kiri untuk memberikan laluan kepada mereka yang ingin cepat di sebelah kanan. Sejak beberapa tahun ini, rakyat Malaysia nampaknya sudah mampu mempraktikkan peraturan ini hampir di mana-mana saja.

Tujuan utama peraturan beratur di eskalator diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna lain. Tetapi kini, beberapa bandar besar mengarahkan rakyat mereka untuk tidak lagi menggunakan peraturan ini di eskalator.

Memberi beban

Advertisement

Di Jepun, mereka cuba untuk mengubah semula peraturan ini kerana akan mengakibatkan beban yang tidak seimbang pada eskalator. Yang mana boleh memudaratkan dan merosakkan eskalator dalam jangka masa panjang. Jika semua orang berdiri pada satu bahagian sahaja, ianya akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sampai kerana beban pada satu bahagian.

eskalator jepun
Sumber

Pada 17 Disember 2018, Jepun telah melancarkan satu kempen yang menggalakkan pengguna berdiri di kedua-dua belah bahagian eskalator bagi mengelakkan kemalangan. Kempen ini dilancarkan oleh East Japan Railway Company, syarikat yang mengendalikan kereta api di Tokyo.

pink escalator
Sumber

Pemegang berwarna merah jambu ini salah satu inisiatif kempen untuk tidak menggalakkan pengguna berjalan di eskalator sebaliknya berdiri sambil memegang pemegang eskalator. Bagi mereka yang tergesa-gesa dan ingin cepat, disarankan menggunakan tangga.

Punca kemalangan

Bukan sahaja Jepun, malah bandar besar seperti Hong Kong dan London juga menggalakkan pengguna untuk berdiri di kedua-dua belah eskalator. Pengguna eskalator akan terdedah dengan bahaya jika menaiki dan menurun eskalator dengan sendiri.

Kajian daripada The Japan Elevator Association di Tokyo, lebih 880 kemalangan eskalator yang berlaku pada tahun 2013-2014 adalah disebabkan mereka yang berjalan menaiki atau menuruni eskalator.

Antara punca kemalangan adalah tergelincir dan terjatuh kerana berjalan di atas eskalator yang masih bergerak. 

eskalator jepun

Tidak efisien

Satu eksperimen yang dilakukan di Holborn Station, London mendapati eskalator yang membawa pengguna yang hanya berdiri saja secara purata mampu membawa 151 orang seminit. Untuk eskalator yang mempunyai pengguna yang berdiri dan berjalan hanya mampu membawa 115 orang pada penghujungnya.

Apabila ramai yang memilih untuk berdiri di kedua-dua belah eskalator, lebih banyak ruang untuk mengambil pengguna yang lain dan tidak berlaku kesesakan hanya pada satu bahagian saja. Tapi pastinya sukar untuk kembali mempraktikkan rutin ini kerana ramai yang sudah biasa dengan peraturan berdiri di sebelah kiri eskalator.

Artikel berkaitan: (Video) Pengguna ‘Ditelan’Secara Tiba-Tiba, Ini Bahayanya Guna Eskalator Rosak

Comments

comments