Peraturan PKP Sebelum Ini Telah Dibatalkan Setelah PKPB Diwartakan

koc MRT

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan 4 Mei 2020 telah diwartakan secara rasmi. Secara automatik, segala peraturan yang terkandung di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini telah terbatal.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan) menegaskan bahawa semua pihak di semua negeri dan daerah masih tertakluk dalam prosedur operasi standard (SOP). Seperti mana yang telah ditetapkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), akta tersebut masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

rapidkl
Gambar hiasan

PKPB atau PKP fasa 5 yang telah diwartakan ini, maka PKP fasa 4 yang sebelum ini telah diwartakan akan terbatal. Pewartaaan ini turut dijelaskan tarikh permulaan dan tarikh penamat.

Dengan adanya PKP fasa 5, tidak seharusnya timbul sebarang isu membabitkan pihak yang tidak mahu mematuhi kerana perkara tersebut salah disisi undang-undang. Orang ramai tidak perlu keliru dengan pelaksanaan PKPB kerana peraturan masih sama seperti PKP yang lepas.

Advertisement

Denda untuk individu yang melanggar peraturan PKPB masih perlu membayar kompaun sebanyak RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Status peraturan PKPB tidak berubah sama sekali walaupun terdapat sedikit perbezaan pelaksanaan.

jakan raya
Gambar hiasan

Pemilik perniagaan yang gagal mematuhi SOP yang dikeluarkan boleh dikenakan tindakan denda yang sama serta berkemungkinan diarahkan menutup kembali operasi perniagaan. Tegasnya, segala peraturan baru yang diwartakan akan menyebabkan peraturan yang sebelum ini diwartakan telah dibatalkan.

Sebagai contoh yang mudah, peraturan PKP sebelum ini membenarkan hanya dua orang dalam satu kereta tetapi PKPB yang dilaksanakan membolehkan empat orang berada dalam kereta dalam satu masa. Bermakna, peraturan PKP dibatalkan dan peraturan PKPB diguna pakai.

Pihak yang masih ingin meneruskan peraturan PKP fasa 4 adalah salah disisi undang-undang kerana sudah diganti dengan peraturan yang baru.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak berkuasa yang lain diberi fokus tugas untuk memastikan pelaksanaan SOP yang dikeluarkan dapat dipatuhi semua orang.

Sumber 

Comments

comments