Perbezaan Mentega Dan Marjerin Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Buat Biskut Raya

perbezaan mentega dan marjerin

Bulan Ramadhan sudah berkunjung tiba, pasti ramai wanita di luar sana yang sedang sibuk membuat persiapan atau mengambil tempahan kuih raya untuk dijadikan salah satu juadah Aidilfitri yang bakal menjelma.

Tapi masih ramai diantara kita yang masih belum dapat membezakan sama ada perlu guna mentega atau marjerin.

Mungkin kedua-dua bahan ini nampak sama dan mempunyai fungsi yang sama namun tahukah anda ia sebenarnya adalah dua produk yang berbeza.

Mentega yang berwarna kuning pucat adalah produk yang diperbuat daripada susu atau krim yang digaul di mana ia akan memisahkan lemak mentega daripada cecair.

Advertisement

mentega

Selain itu, mentega bukan 100 peratus lemak sebaliknya mengandungi 20 peratus kandungan air dan protein susu.

Marjerin pula diperbuat daripada minyak sayuran seperti minyak sawit, kanola dan soya.

Marjerin yang biasa digunakan dalam masakan diperbuat daripada 80 peratus minyak sayur dan air yang berperisa seperti mentega. Kebanyakkan marjerin juga mengandungi susu.

marjerin

Kedua-dua mentega dan marjerin mempunyai komponen yang berbeza, mentega dan marjerin mengandungi lemak meskipun jenisnya berbeza.

SUMBER

Comments

comments