Percutian Bajet 3 Hari 2 Malam Ke Kota Kinabalu Dari Labuan Hanya RM443

Sabah adalah sebuah destinasi percutian yang selalu diidamkan oleh kita semua kerana mempunyai banyak tempat-tempat yang cantik boleh dilawati setiap kali cuti sekolah dan hujung minggu.

Jika anda nak bercuti di Sabah negeri di bawah bayu, banyak tempat-tempat menarik yang anda semua boleh terokai selain Kota Kinabalu.

Seorang gadis ini telah membuat perkongsian di Facebook tentang percutian beliau dan kawan-kawan ke Sabah selama 3 hari 2 malam.

Harga tiket AirAsia waktu itu murah teramat. Harga tiket pergi balik adalah sebanyak RM36. Jadi pada masa itu kami ambil percutian pada hari biasa dengan harga RM88. Sangatlah berbaloi kerana jika ambil penerbangan terus ke Kota Kinabalu harganya dah RM300 lebih pergi balik.

Aku pergi dalam 9 orang. Ramai-ramai jimat. Jimat untuk transport lah. Tapi kalau berempat pun bagi aku just nice. Boleh share bilik kat dalam hotel. So dapat murah.

Advertisement

9 Mac 2019

Bertolak ke Labuan. Aku ambil tiket awal pagi. Sampai Labuan Terminal Airport dalam pukul 10.30 pagi. Ok kat sini aku nak highlight feri Labuan ni 2 kali sehari. Pukul 8 dan pukul 1 tengahari. So kalau korang terlepas yang ni, alternatif satu lagi naik Speed Boat dari Labuan ke Menumbok.

Kat sini korang boleh pilih nak naik apa untuk ke Labuan.
1. Feri Labuan – Kota Kinabalu 4 jam
2.Speed boat Labuan – Menumbok 20 minit
Dari Menumbok – Kota Kinabalu kena naik bas 2 jam.

Sampai je Kota Kinabalu, kitorang gerak terus ke Kundasang. Sebab risau dah malam. Tak nampak jalan. Jalan dia gelap dan berbahaya. Kena berhati-hati.

Hari pertama memang agak kelam kabut . Dari atas awan ke darat dan di atas laut. Semua kitorang sapu.

Blue mountain Lodge

Okay aku nak share pengalaman stay di Blue Mountain Lodge. Alhamdulillah tempat yang aku pilih selesa sangat. Walaupun takde tv tapi aku tak kisah sangat sebabnya tujuan kitorang hanya untuk bermalam.

pemandangan depan blue lodge

Tempat tu sahaja ada pantry. So kalau nak masak elokla dan yang paling penting ada iron. Korang kena mintak. Macam mana coverage kat sana? Aku pakai U-mobile so langsung takdak line. Tapi celcom, unifi alhamdulillah ada. So korang jangan risau ya. Mohon pau hotspot dengan kawan korang. Hahaha

10 Mac 2019

view sunrise di Gunung Kinabalu

Esoknya, bangun pagi korang dah boleh view sunrise dalam 6.15-6.30 gituuu. Gunung Kinabalu tu depan mata je. Sumpah lawa.

Desa Dairy Farm (RM3)
Desa dairy Farm
Desa Dairy FarmFish spa (Luanti fish spa terlampau jauh so kitorang ambil dekat-dekat)
main dengan ikan di fish spa
Rumah terbalik RM12
depan rumah terbalik

Makan lokan bakar di Sepanggar. Yang ni sedap. Kalau yang tak makan seafood ada puding kelapa. Itupun sedap jugak.
Lepas tu kitorang rushing nak kejar sunset di Tanjung Aru.

Pusing-pusing bandar Kota Kinabalu, singgah di Pasar Kraf dan makan seafood dekat gerai-gerai berdekatan. Aku tak mau recommend tempat makan sebab waktu kitorang pergi makan kat salah satu gerai, rasa dia tawar.

Lepas makan dan beli ole-ole untuk yang tersayang kitorang balik ke Hotel. Memandangkan aku pilih Asiana Hotel. So far hotel tu selesa cumanya dalam bilik tu plug elektrik satu je dan kalau gegirls nak iron baju korang kena sewa iron. RM10 hokayyy. Kalau nak sharing dapatlah murah.

11 Mac 2019

Hari terakhir. Memandangkan flight kitorang malam dan berlepas di Labuan takdela kelam kabut sangat. 9 pagi kitorang dah bertolak pergi ke salah satu pulau di Kota Kinabalu (Tunku Abdul Rahman National Park), iaitu Pulau Mamutik. Tak jauh je dari Kota Kinabalu.

Pulau Memutik

Bayar RM27 (boat) + RM5 (entrancee fee pulau)

trip snorkeling

Pukul 11, Habis snorkelling bergegas balik sebab nak kejar bas dari Kota Kinabalu ke Menumbok.

Okay kat sini kalau korang nak balik ke Labuan tolonglah jangan beli last minute. Memang tak ada. Nak taknak korang kena beli setibanya korang berada di Terminal Jesselton Point atau Terminal Labuan kalau nak jugak balik ke Labuan / KK naik feri, Beli awal!

Dan kalau korang rasa boleh tunggu untuk 4 jam ambil je feri. Aku pergi dengan feri balik naik bas. Nak rasa yang mana lebih okay, dan aku lebih prefer untuk naik bas. Tak lama 2 jam dan 20 minit naik speedboat di Menumbok ke Labuan. Bear in mind speedboat dia macam rollercoaster. Dashat gila, memang terduduk terbangun semua ada.

Pukul 12.45 tengahari tepat bas dari Kota Kinabalu akan bertolak ke Menumbok. Aku tak sure next bas pukul berapa. Aku ambil awal sebab takut apa-apa terjadi. Plus Labuan aku tak sempat pusing pun.

Memandangkan anggaran masa dari Kota Kinabalu ke Labuan menggunakan bas dalam 2 jam 20 minit. Aku tiba di Labuan dalam pukul 4 lebih. Sempat pusing dan singgah di UMS Kampus Labuan. Oh ya, kalau korang nak beli coklat murah aku cadangkan beli coklat di Ujana Kewangan. Dekat sangat dengan airport.

Ni bajet yang aku habis sepanjang aku kat sana:

Tiket flight = RM88
Feri Labuan = RM23.50
Sewa van – RM500/9 = RM55.50
Bas= RM18
Speedboat = RM8
Hotel – 200/2 = RM100
Makan = RM100++
Entrance fees = RM20
Lain-lain = RM30
Jumlah = RM443.50

Nota kaki: kitorang memang niat nak ke Sabah, untuk pergi ke Kundasang. Saja nak acah New Zealand. So kalau korang berhajat nak pergi semua pulau di Kota Kniabalu adalah disarankan untuk ke sana selama 4 hari. InsyaAllah sempat je.

 

Jika anda ingin teringin nak ke Sabah dengan bajet yang mampu milik, diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu.

 

Sumber: Facebook

Comments

comments