Pereka Fesyen Dikecam Hasilkan Beg Tangan Diperbuat Daripada Tulang Belakang Seorang Kanak-Kanak

Nama pereka fesyen Arnold Putra sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Indonesia. Pereka fesyen yang berasal dari Indonesia ini telah bertapak dan menempa nama di Los Angeles.

Sebuah rekaan beg tangan yang dikeluarkannya pada tahun 2016 telah menarik perhatian netizen. Dikatakan beg tersebut diperbuat daripada lidah buaya dan tulang belakang sebenar.

Lidah buaya yang dimaksudkan bukanlah sejenis pokok yang diberi nama lidah buaya tetapi lidah daripada buaya yang sebenar. Manakala, tempat pemegang beg tangan tersebut menggunakan tulang belakang sebenar seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit osteoporosis.

pereka fesyen

Advertisement

Meskipun rekaan beg tangan ini sudah empat tahun berlalu, tidak ramai yang mengetahui tentang perkara ini. Sehinggalah ada seorang netizen berkongsi paparan skrin laman Instagram Arnold di Twitter miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Alligator tongue basket bag. Handle made of an entire child’s spine who had osteoporosis Collection: Amitayus Made in los angeles

A post shared by @ byarnoldputra on

Perkongsian ini sudah semestinya menarik kembali perhatian dan kecaman daripada pelbagai pihak. Posting Instagram gambar beg tangan ini dibanjiri dengan komen-komen yang mengkritik idea Arnold yang mereka beg tangan tersebut.

Netizen merasakan penggunaan tulang belakang sebenar seorang manusia adalah perkara yang menjijikkan dan tidak berperikemanusiaan. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui Arnold sendiri yang menulis ‘bahan’ rekaan tersebut yang terdiri daripada lidah buaya dan tulang belakang kanak-kanak.

komen netizen Selain mempunyai kerjaya sebagai pereka fesyen, Arnold juga dikatakan gemar mengumpul kereta mewah di Indonesia. Kemewahan yang dimiliki pereka ini membolehkan dirinya sering melancong dan melawat penduduk pelbagai suku dan budaya di serata dunia.

Beliau sering menjalankan pertukaran barangan mewah miliknya dengan barang berharga milik puak atau suku yang dilawatinya.

Arnold menerangkan tulang belakang kanak-kanak tersebut dibeli dari seorang ahli perniagaan berlesen di Kanada. Pada asalnya, tulang belakang itu telah didermakan untuk tujuan perubatan dan akhirnya dijual. Namun, Arnold tidak bercerita dengan lebih lanjut tentang pembelian ‘istimewa’ tersebut atas alasan sulit dan persendirian.

Sumber 

Comments

comments