Pereka Fesyen Hasilkan Gaya Baju Melayu Oversize Bersama Topeng Muka Sedondon Sempena Aidilfitri Tahun Ini

Gambar Hiasan

Kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Namun tahun ini pastinya sambutan hari raya sesuatu yang berbeza dan sederhana, disebabkan masalah penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Namun, itu bukanlah menjadi penghalang buat pereka fesyen muda Kel Wen Tan, 24, untuk menghasilkan rekaan terbarunya sempena Aidilfitri tahun ini. Menariknya, rekaan terbaru ini sangat bersesuaian dengan situasi yang berlaku sekarang.

Gambar hiasan

Selain mengekalkan pakaian tradisional melayu lelaki iaitu gaya baju melayu asli seperti kekek, pesak dan cekak musang, rekaan ini juga dilengkapi dengan elemen penting situasi sekarang iaitu topeng muka yang dijadikan aksesori tambahan sebagai pelengkap gaya menjelang 1 Syawal nanti.

Advertisement

Namun, terdapat satu lagi perbezaan pada rekaan baju melayu yang dihasilkan, di mana ianya lebih besar daripada ukuran biasa yang menjadikan ia sesuai untuk digayakan dengan seluar pelbagai variasi.

Nampak selesa!

Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, rekaan terbaru daripada pereka fesyen berbakat ini bukan sahaja sesuai digayakan oleh kaum lelaki tetapi turut kelihatan cantik jika dipakai oleh wanita.

Gambar hiasan

Dalam masa yang sama, pereka fesyen ini turut memberitahu bahawa dia akan mengadakan aktiviti amal bagi mengumpul pakaian tradisional untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim dan gelandangan.

Usaha ini untuk mengingatkan masyarakat erti perayaan yang sebenar iaitu dengan bersyukur apa yang diperolehi dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

“Tradisi perlu diteruskan kerana inilah yang menjadikan kita rakyat Malaysia dan kita harus menunjukkan semangat saling membantu.”

Beliau juga mengajak orang ramai untuk turut serta dalam misi itu.

Sumber

Comments

comments