Perhatian: Bahaya Amalkan Gula-Gula Himalaya Salt, Kandungan Sodium Tinggi

12759

Selalunya ada diantara kita yang suka membeli gula-gula bagi melegakan sakit tekak atau untuk ingin menikmati sesuatu yang manis.

Tahukan anda semua Himalaya Salt telah menjadi kegemaran segelintir masyarakat di Malaysia sejak dua menjak ini.

Menurut seorang pakar pemakanan, gula-gula ini dikatakan tular dalam masyarakat kita dan sering habis stoknya di pasaran.

Khairul Azuan berkata, Himalaya Salt adalah gula-gula yang sepatutnya diambil semasa bersukan.

Himalaya Salt mengandungi sodium

Gula-gula ini bukan diambil untuk suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Dalam hidup kita, kadar pengambilan garam sudah cukup banyak dengan kaedah semula jadi, atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Ia bukan pilihan yang lebih baik atau lebih ‘sihat’ hanya kerana kandungan ia mengandungi garam Himalaya. Kandungan sodium gula-gula ini adalah lebih kurang sama sahaja!

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini?

Individu yang dalam keadaan aktif berpeluh, individu yang hiking dalam jangka masa yang panjang dan individu yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Individu bersukan

Ingat, jika anda mempunyai masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang, jangan sesuka hati ambil gula-gula ini. Bagi wanita mengandung yang nak hilangkan loya, anda juga kena berhati-hati. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Jumlah sodium yang perlu diambil sehari

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg. Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:

– Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.

– Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%

– Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%

– Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%

Ini sudah mencukupi sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari gula-gula ini. Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Gula-gula sihat

Makan Himalaya Salt untuk sihat, hanya mitos

Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Pengambilan gula-gula ini semata-mata untuk memastikan seseorang lebih sihat adalah mitos.

Saya juga tidak pasti mengapa orang mengambil gula-gula ini untuk melegakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng.

Anda hanya menambah sodium dalam diet anda tanpa sedar.

Jadi kepada peminat gula-gula Himalaya Salt, anda perlu mengurangkan kadar pengambilan gula-gula.

 

 

Sumber: Facebook

Comments

comments