Perjuangan Melawan COVID-19 Tidak Akan Berakhir Selepas Tempoh ‘Lockdown’ Ditamatkan – WHO

covid-19

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di dalam satu kenyataan baru-baru ini memberitahu, menamatkan perintah ‘lockdown’ bukan bermakna ianya adalah penamat kepada COVID-19. Ramai yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai kesudahan perintah ‘lockdown’ bermaksud kebebasan sepenuhnya dari wabak itu.

Menurutnya lagi, tamatnya perintah ‘lockdown’ ianya akan membawa kepada satu permulaan kepada satu fasa yang baru. Beliau berkata adalah penting untuk sesebuah negara itu untuk mendidik rakyatnya dalam mencegah kebangkitan semula wabak ini pada masa hadapan.

Kami mendorong beberapa negara untuk mula merancang bagaimana untuk meredakan sekatan sosial. Ianya sangat penting bahawa langkah-langkah ini diambil kira.

WHO

Dr Tedros memberitahu menteri-menteri kesihatan bahawa WHO sangat prihatin bahawa virus itu sekarang nampaknya semakin merebak pantas di negara-negara yang kekurangan kemampuan. Sokongan dan bantuan segera diperlukan, bukan hanya untuk menyokong negara-negara untuk menanggapi COVID-19 tetapi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan penting yang lain berterusan.

Advertisement

WHO turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan sumbangan dana sebanyak sebanyak $500 juta (RM2.2 bilion). Sumbangan ini diberikan bagi membantu WHO menangani penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Sebelum ini, Donald Trump telah pun menghentikan dana Amerika Syarikat untuk WHO selepas Persatuan Kesihatan Sedunia itu dilihat terlalu melebihkan China dalam soal pandemik ini. Dana yang dihentikan itu pastinya telah memberikan kesan kerana Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar WHO.

Artikel berkaitan: Donald Trump Ugut Mahu Sekat Dana WHO Kerana Terlalu ‘Lebihkan’ China

Sumber

Comments

comments