Perkara Yang Perlu Diambil Peduli Sebelum Membeli “Portable Harddrive / External Harddisk”

40

Kenapa anda perlukan External Harddisk?

Dari segi teknikal, jika storan hardisk sudah hampir penuh, prestasi laptop dari segi read/write dan load time akan merosot. Secara tidak langsung, ia mampu melambatkan proses kerja anda dan “memberatkan” laptop atau komputer anda.

“Tapi kenapa External Harddisk sahaja? Penddrive tak boleh ke?”

Jawapannya: Kapasiti storan Pendrive agak kecil, termasuklah saiz fizikalnya, jadi amatlah mudah untuk tercicir.

Kami kongsikan beberapa tips untuk membeli External Harddisk :

1. Beli saiz storan mengikut apa yang anda gunakan sahaja. Secara umumya saiz 500gb pun sudah mencukupi  untuk menyimpan fail harian anda.

2. External Harddisk mempunyai 2 jenis sambungan USB port iaitu USB 2.0 dan USB 3.0. Pastikan anda beli variasi USB 3.0 kerana kelajuan pemindahan data USB 3.0, boleh mencecah 10 kali ganda kelajuannya berbanding USB 2.0.

3. Pilihan saiz fizikal yang mudah dibawa amat penting terutamanya mereka yang menggunakan external drive setiap hari. Gunakan casing yang mempunyai ciri-ciri “dampening” untuk melindungi fail-fail penting anda.

4.  Pastikan anda semak tempoh warranty. Kebanyakkan laman e-ecommrce seperti Shopee dan Lazada menawarkan tempoh warranty yang sama seperti di mana-mana kedai fizikal. Tempoh warranty kebiasannya boleh mencecah sehingga 3 ke 5 tahun.

5. Untuk mereka yang agak lasak dari segi penggunaan, kami cadangkan agar anda mencari  External Harddisk yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti kalis air, kalis debu, dan anti gegaran yang kuat.

Sumber : Touchmedia0

Comments

comments