Perkhidmatan Bike-Hailing Dilaksana Januari 2020

504

Pada bulan Ogos lalu kecoh di media sosial Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq meminta pendapat orang awam di laman sosial miliknya mengenai perkhidmatan Gojek ataupun teksi-motosikal di Malaysia.

Baca ini: Syed Saddiq ingin perkenalkan Gojek di Malaysia

Namun, idea perkhidmatan Gojek ataupun teksi-motosikal ini telah dipersetujui oleh jemaah menteri dalam mesyuarat pada 1 November lalu.

Mulai Januari 2020, konsep perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) motosikal akan dimulakan sebagai percubaan selama enam bulan.

e-hailng Gojek

Menteri Pengakutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan tersebut akan dikawal melalui kaedah atau peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Menurut Anthony Loke, perkhidmatan bike-hailing tersebut akan dikenakan syarat-syarat yang setara seperti mana telah ditetapkan ke atas perkhidmatan e-hailing iaitu merangkumi syarat-syarat ke atas syarikat perniagaan pengantaraan, pemandu, pengoperasian perkhidmatan dan kenderaan.

Tujuan utama kerajaan membenarkan perkhidmatan bike-hailing ini adalah sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap liputan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Perkhidmatan bike-hailing ini akan menjadi salah satu komponen penting dalam usaha kerajaan menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang menyeluruh kerana ia akan menjadi satu perkhidmatan penghubung dalam fasa first and last mile connectivity.

Fasa ini adalah amat penting untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi melengkapkan aktiviti harian mereka.

Dalam tempoh 6 bulan ini, syarikat terbabit telah membuat permohonan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan perlu memenuhi beberapa peraturan seperti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bukan itu sahaja, syarikat perniagaan pengantaraan yang berminat menyediakan perkhidmatan bike-hailing dibenarkan melaksanakan proses rintis atau Proof of Concept (POC).

Menurut Anthony Loke, sepanjang POC ini, pihak syarikat pengantaraan boleh membuat persiapan dan pengujiaan pelaksanaan perkhidmatan bike-hailing.
syarikat pengantaraan

POC ini membolehkan pihak kerajaan dan syarikat perniagaan pengantaraan untuk mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan lain-lain keperluan operasi berhubung perkhidmatan bike-hailing ini.

Jelasnya, POC tersebut akan bermula mulai Januari 2020 dengan tempoh yang ditetapkan selama enam bulan.

Syarat Pelaksanaan Proses Rintis (POC) Bike-Hailing:

(i) Lokasi hanya di Lembah Klang; kawasan lain dipertimbang jika ada permohonan.
(ii) Pemandu hendaklah mempunyai lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang 18 tahun.
(iii) Hanya satu penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa, umur penumpang tidak kurang 18 tahun.
(iv) Hendaklah menggunakan tanda pakaian dan tanda di motosikal yang jelas.
(v) Wajib mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya.

 

Sumber: Awani

Comments

comments