Perkongsian Ini Menggambarkan Keadaan Yang Cukup Meloyakan di Pusat Kuarantin Likas

Kecoh di media sosial dan media utama baru-baru ini mengenai kapasiti pusat kuarantin dia MAEPS Serdang. Namun, seorang individu telah menyangkal kenyataan tersebut dengan mengkongsikan pengalaman beliau sendiri berkuarantin.

BACA : Lelaki Ini Menyangkal Segala Andaian Yang Dibuat Mengenai Tahap Keselesaan di MAEPS

Namun tular di media sosial pula mengenai sebuah pusat kuarantin di Likas, Sabah. 

Menerusi muat naik yang asalnya diterbitkan dalam bahasa Cina, menurutnya, keadaan di tandas pusat kuarantin di Likas ini cukup teruk.

Advertisement

Tambahan pula, ini adalah pusat kuarantin COVID-19, mungkin ada penyakit lain yang boleh berjangkit juga.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas frontliners sudah cukup membebankan, jadi mereka berpakat untuk membersihkan tandas sendiri.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang walaupun berada dalam tempoh kuarantin masih lagi saling membantu meringankan beban pihak frontliners.

Diharapkan juga agar pihak berkenaan dapat menaiktaraf kualiti pusat kuarantin tersebut kerana siapa tahu, macam-macam jenis penyakit boleh berjangkit dengan keadaan tandas sebegini.

Sumber

Comments