Perlis Buka Sepenuhnya Pusat Ibadah Negeri Itu Bermula Esok

Tuanku Syed Faizuddin

Negeri Perlis membenarkan pembukaan sepenuhnya semua masjid negeri itu untuk pengimarahan bermula esok.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, aktiviti ibadah termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan lain lain diperkenan bermula waktu subuh esok pagi.

jemaah masjid

“Semua aktiviti dibenarkan dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup separuh muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada setiap masa, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid dan sebagainya”.

Beliau bertitah demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Selain itu, kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun dan golongan wanita juga dibenarkan hadir.

Advertisement

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, jamuan makan, bermalam dan majlis sosial tidak dibenarkan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA

Sumber

 

 

Comments

comments