“Perlu Ke Nak Buat Pelancaran Logo Belanjawan 2020? Air Dekat Selangor Dah Pulih?” – Netizen

Semalam, Kementerian Kewangan telah melancarkan logo Belanjawan 2021. Ternyata, pelancaran ini telah menerima kritikan bertubi-tubi.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa pelancaran logo tersebut tidak perlu, terutmanya apabila negara kini mengalami penularan wabak COVID-19 dan juga krisis bekalan air di Selangor yang kerap berlaku.

Di laman rasmi mereka juga, rasioanl logo Belanjawan 2021 didahulukan sebelum kandungan utama pembentangan tersebut.

Advertisement

Untuk makluman anda semua, kandungan utama selain dari rasional logo Belanjawan 2021 adalah

  • Meraikan Yang Memerlukan
  • Menangani Isu Sosial
  • Membudaya Masyarakat Penyayang
  • Mengutama Aktiviti NGO dan Komuniti ke Arah Kehidupan Berkualiti

“Terbaik” la timing nak post rasional logo ni. Pasti logo terbaru ini akan menjamin sumber ekonomi dan peluang pekerjaan

“POWER”, lepas pelancaran logo ini, pastinya jumlah pekerja menganggur makin berkurang!

Untuk makluman anda, setiap tahun, pastinya ada logo baru yang dilancarkan bersempena dengan pembentangan Belanjawan. Tetapi pastinya, pada tahun ini sentimen cukup berbeza akibat penularan wabak COVID-19 yang telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia hilang punca pendapatan.

Comments

comments