Permainan Monopoly Edisi Khas Stranger Things, Pre-order Bermula Sekarang

706

Jika anda merupakan peminat siri popular Netflix iaitu Stranger Things, pastinya berita ini akan membuatkan anda rasa teruja sekali. Kalau anda masih tidak dapat move on dari siri popular itu kami ada berita baik untuk anda.

Kini anda boleh dapatkan permainan Monopoly bertemakan Stranger Things Collector’s Edition!

Berinspirasikan tiga musim dari siri popular Neflix itu, permainan Monopoly Edisi Stranger Things ini melibatkan token, artwork dan tema dari siri itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HYPEBEAST (@hypebeast) on

Seperti permainan Monopoly yang lain, anda dan lima lagi pemain boleh membeli hartanah (properties) di dalam perlumbaan terowong bawah tanah di Hawkins. Berbezanya untuk koleksi ini, anda tidak akan membeli rumah atau hotel sebagai hartanah tetapi kubu-kubu dan tempat persembunyian yang bercahaya dalam gelap.

Selain itu, penambahan lain dalam koleksi ini adalah kad ‘Upside Down’ yang memberikan kelebihan kepada pemain dalam memenangi perlumbaan.

Monopoly Edisi Stranger Things sudah boleh di pre-order dengan harga $49.90 (RM205.09).

Sebelum ini Monopoly pernah mengeluarkan satu edisi khas Stranger Things untuk musim lalu.

Comments

comments