Permohonan Baharu BPN 2.0 Dibuka Sehingga 15 November Ini

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, permohonan baharu bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 kini masih dibuka sehingga 15 November 2020.

Dedahnya, bagi permohonan yang berjaya, bayaran akan dikreditkan sekaligus pada Januari 2021.

“Secara keseluruhannya, BPN 2.0 dijangka meringankan beban 7.5 juta penerima bujang dan isi rumah B40, serta 3.1 juta penerima M40, menjadikan keseluruhannya 10.6 juta penerima yang boleh memanfaatkan bantuan ini. InsyaAllah, penyaluran bayaran akan selesai menjelang hujung bulan ini,”

Buat penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh membuat pengeluaran tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020.

Advertisement

“Terdapat juga lebih kurang 6,000 penerima yang didapati gagal kredit membabitkan RM2.71 juta dan mereka boleh membuat pengeluaran BPN2.0 mulai minggu kedua November 2020. Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima,”

Untuk rekod, bayaran BPN 2.0 fasa pertama telah disalurkan sejak 19 Oktober lalu.

Sekaar informasi, sehingga kini sebanyak  RM3.6 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 7.32 juta penerima yang terdiri daripada 6.27 juta penerima untuk kategori B40 dan 1.05 juta penerima daripada kategori M40.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments