Permohonan Pakej Komunikasi Belia Dibuka 1 Januari 2013

198

Permohonan Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Pakej Komunikasi Belia ini merupakan rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.



Antara syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini adalah:

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Sumber: Amanz.My

Comments

comments