Pernah Ditipu Beberapa Kali, Christy Ng Dedahkan Cerita Disebalik Penipuan Tersebut.

Pereka kasut terkenal Malaysia, Christy Ng, mendedahkan cerita bagaimana dia pernah ditipu oleh beberapa individu sehingga syarikatnya kerugian beribu-ribu ringgit.

Christy telah memuat naik beberapa status untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati sebelum mempercayai atau berurusan dengan sesiapa pun terutamanya melibatkan wang.

Dia bertindak sedemikian kerana telah ditipu oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Patrick Goi. Lelaki tersebut telah meminta Christy dan beberapa peniaga kecil sejumlah wang dengan alasan untuk menawarkan booth di satu acara yang kononnya untuk mempromosikan produk dan jenama mereka. Acara itu dijadualkan berlangsung di Melawati Mall, Ampang.

“Sebelum anda cuba membayar wang untuk sebarang acara kepada sesiapa pun, pastikan anda periksa latar belakang syarikat atau individu tersebut terlebih dahulu”

Advertisement

Apabila tiba hari event berkenaan, semua perniagaan yang membuka booth disitu itu telah diarahkan keluar oleh pihak mall kerana pihak ‘penganjur’ tidak pernah membuat bayaran langsung.

Apabila di telefon, Patrick tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesejnya. Christy akhirnya membuat laporan polis tentang kes tersebut.

Selepas dia memuat naik status mengenai penipuan ini, ramai lagi pemilik perniagaan lain tampil berkongsi yang mereka juga pernah ditipu oleh lelaki yang sama.

“Nampaknya Patrick Goi memang seorang “Serial Conman”. Bayangkan jumlah wang yang dia berjaya buat dalam sebulan hanya dengan melakukan aktiviti seperti ini”

Baru-baru ini, dia telah melalui satu lagi situasi yang sama. Minggu Fesyen Islam Asia (AIFW), yang menghimpunkan pereka fesyen dari Malaysia dan luar negara, telah dibatalkan sebanyak dua kali untuk tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Acara yang dianjur dan diuruskan oleh AIFW Sdn Bhd terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana pihak lokasi iaitu Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), tidak menerima apa-apa bayaran langsung dari pihak penganjur.

Penganjur tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bayaran sepertimana yang telah tertulis dalam perjanjian.

“Disebabkan kelewatan itu MECC membuat keputusan membatalkan acara berkenaan pada saat akhir” -Dipetik dari laporan Berita Harian

Christy menyatakan yang biasanya dalam industri fesyen yang melibatkan acara seperti ini, pereka akan memberi bayaran penuh dan telah dikutip oleh pihak AIFW sejak awal januari 2018.

Acara ini pernah dibatalkan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac dan Julai lalu. Christy memuat naik status di facebooknya menyampaikan rasa kesal dan sedih terhadap apa yang telah dilakukan oleh pihak penganjur.

“Bayangkan pereka-pereka dari seluruh dunia telah membayar sehingga 5 angka hanya untuk diberitahu bahawa usaha mereka hanya sia-sia. Kejadian ini memberi nama yang sangat buruk kepada negara kita”

Oleh kerana ada beberapa status facebooknya terpaksa dipadam kerana report yang telah dibuat oleh individu-individu yang ‘terasa hati’, Christy sedang dalam usaha membuat lawan web untuk membongkar dan mendedah segala yang berkaitan tentang kes penipuan seperti ini.

 

Comments