Perodua Axia 2019 Sudah Boleh Mula Ditempah Dengan Harga Serendah RM24,090

13175

Kalau sebelum ini rakyat Malaysia terpukau dengan model Proton Saga yang terbaharu, kali ini kita bakal melihat model terbaharu Perodua Axia 2019 tidak lama sahaja lagi. Walaupun reka bentuk model belum didedahkan lagi tetapi nampaknya ramai yang sudah tidak sabar menunggu.

Apa yang dapat dipastikan, rekaan kali ini menampilkan rekabentuk seakan SUV kompak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, model ini ditawarkan dengan enam varian dan pengenalan varian baharu Style bagi disesuaikan dengan personaliti setiap rakyat Malaysia.

perodua axia 2019
perodua axia 2019

Enam variasi yang dimaksudkan merangkumi spesifikasi E,G, GXtra, Style, SE dan AV dimana model dengan spesifikasi terendah ditawarkan dengan harga RM24,090.

Ia turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) yang pertama kali diperkenalkan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) Aruz pada Januari lalu serta terdapat pada Myvi generasi ketiga melalui ASA generasi pertama.

perodua axia 2019
ASA 2.0 ini merupakan sistem bantuan pemanduan bagi membantu mengurangkan risiko pelanggaran. Ianya terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Prapelanggaran, Brek Prapelanggaran, ‘Front Departure Alert’ dan ‘Pedal Misoperation Control’.

Terdapat lima pilihan warna ditawarkan dengan satu warna baharu iaitu Oren Sunrise Metalik selain Merah Lava, Biru Midnight, Perak Glittering dan Putih Ivory.

Comments

comments