Perpustakaan Negara Beri 13.2 Juta Bahan Bacaan Digital Secara Percuma Kepada Rakyat

950
Gambar Hiasan

Penularan wabak COVID-19 sepertinya tiada ‘titik noktah’ buat masa ini apabila Malaysia telah mencatatkan sebanyak 110 kes baru. Hal ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 900 sejak semalam.

Kini sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan di negara kita. Pelbagai isu telah muncul sejak kerajaan mengumumkan arahan tersebut pada Isnin yang lalu.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac

Sebagai orang biasa, kita pasti sudah biasa melakukan tugasan harian masing-masing seperti bekerja, bersukan, menghadiri kuliah dan banyak lagi.

Disebabkan jadual harian kita yang terpaksa diubah sekarang, sudah semestinya ramai daripada kita buntu tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengisi masa.

Gambar hiasan

Sehubungan itu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah memberikan akses kepada 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma. Kini anda boleh mengisi masa lapang anda dengan sesuatu yang lebih berfaedah iaitu dengan membaca.

Menerusi akaun Instagram rasmi PNM, mereka telah pun melancarkan kempen ‘Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku’ ketika seluruh rakyat Malaysia diarahkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan.

Perpustakaan negara

Menurut sumber, PNM telah mengambil langkah keselamatan berikutan penularan wabak COVID-19 dengan menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April ini.

PNM juga akan menangguhkan segala program dan aktiviti yang sepatutnya dijalankan pada bulan Mac ini.

Sumber

Comments

comments