Pertambahan Jumlah Jemaah Solat Fardhu Dan Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan

Merujuk kepada maklumat yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri di akaun Twitter miliknya, kapasiti jemaah solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau di tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diperluas.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan untuk membenarkan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Bagi jemaah solat fardhu pula diperluas kepada separuh daripada dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Advertisement

Bukan itu sahaja, aktiviti tazkirah sebelum Jumaat juga dibenarkan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat atau mana-mana surau yang diberi kebenaran khas untuk solat Jumaat.

Ketetapan ini berkuatkuasa bermula pada solat Jumaat 5 Februari 2021 dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) .

Diharap orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengurangi wabak Covid-19 di Malaysia.

Sumber

 

SUMBERTwitter

Comments