Perutusan Khas Perdana Menteri Akan Diadakan Jam 6 Petang Nanti

Umum diketahui bahawa kes positif COVID-19 di Malaysia kini telah melonjak naik ke satu tahap yang agak membimbangkan. Semalam sahaja, Malaysia merekodkan kes positif tertinggi sejak penularan wabak tersebut pada awal tahun ini.

Semalam, Malaysia telah merekodkan sebanyak 432 kes. 429 kes adalah penularan tempatan dah hanya 3 kes adalah jangkitan import

Menerusi laman sosial rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau bakal mengadakan perutusan khas pada jam 6 petang nanti.

Advertisement

Kami jangkakan ini susulan kes positif COVID-19 yang telah naik secara mendadak.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri juga, beliau telah menjalani ujian saringan COVID-19 setiap 2 minggu untuk memastikan tiada jangkitan COVID-19, namun beliau kini sedang menjalani tempoh kuarantin di kediamannya.

Sumber : Twitter Muhyiddin Yassin

Comments

comments