Pesakit COVID-19 Akan Dipakaikan Peranti Pengesan Teknologi Terkini

Sumber : Google

Pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di kediaman akan dipakaikan peranti pengesanan dengan teknologi terkini.

Peruntukan baharu iaitu Seksyen 15A, antara lima peruntukan baharu dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, bakal berkuat kuasa bermula Khamis minggu depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal ehwal Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan media bersama, berkata peruntukan Seksyen 15A itu terpakai dalam pengawalan pergerakan orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki (PUI) dijangkiti penyakit berjangkit atau kontak kepada kes (PUS).

Katanya, seksyen itu memberi kuasa kepada pegawai untuk mengarahkan pesakit menjalani pengasingan bagi pengawasan dan pemerhatian.

Beliau berkata, pemakaian gelang tangan atau gelang pengawasan yang digunakan semasa wabak COVID-19 ini dikuatkuasakan mengikut peraturan 9(3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 9) 2020.

“Bawah Ordinan ini, penalti akan dikenakan ke atas individu yang dipakaikan peranti pengesanan atau alat pengesanan ini sekiranya alat itu dimusnahkan, dirosakkan, dihilangkan atau diubah,” katanya.

Advertisement

SUMBER

SUMBERBerita Harian

Comments