Pesakit & Petugas Di Hospital Serdang Kini Disahkan Dijangkiti COVID-19

Gempar ketika ini apabila laporan Malaysiakini memaklumkan, puluhan kakitangan dan pesakit di Hospital Serdang terletak di mukim Dengkil di Sepang itu kini dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 bulan ini.

Rentetan itu, ia telah mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan wabak berkenaan merebak ke hospital awam yang lain.

Menurut laporan,ia telah dijangkiti oleh beberapa jururawat dan pakar perubatan, di beberapa jabatan dan wad dan pertama kali telah dikesan pada awal bulan ini.

Advertisement

Difahamkan, jangkitan tersebut adalah sebahagian dari kluster Lestari yang diumumkan pada 13 Disember dan dikesan di daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang, yang dikaitkan dengan rumah jagaan orang-orang tua dan mempunyai 42 kes sehingga kini.

Antara jabatan yang terlibat termasuk jabatan kardiologi dan kardiotorasik. Bahkan Jabatan Kesihatan Selangor semalam juga mengesahkan seramai 50 kakitangan dan sejumlah pesakit yang tidak didedahkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang diuji positif untuk Covid-19.

Lebih perit, sekurang-kurangnya 50 pesakit yang dimasukkan ke hospital bukan disebabkan jangkitan wabak itu di HTAR juga telah disahkan positif dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemerhatian.

Sumber: Malaysiakini

Comments