Pesara Tentera Hasilkan Perabot Guna Tayar Terpakai

1046

Tayar terpakai, apa yang anda selalu lakukan dengan tayar ini? dibuang atau disimpan begitu sahaja di dalam rumah.

Bagi segelintir orang mereka mempunyai idea tersendiri untuk menggunakan tayar terpakai tersebut untuk diubah menjadi barangan yang lebih cantik dan menarik bukannya dibakar sehingga mencemarkan alam sekitar.

Tetapi tidak bagi seorang pesara tentera ini, beliau menggunakan kreativiti yang ada untuk menggunakan tayar terpakai dengan mengubah suai bahan terbuang tersebut agar lebih cantik dan menarik.

Menurut Harian Metro, Zazali Ibrahim, 57, menggunakan kreativiti mengitar semula tayar terpakai yang bermula sebagai hobi bagi mengisi masa lapang dan memenuhi permintaan penggemar barangan cantik dan menarik.

Antara barangan hiasan yang pernah Zazali hasilkan menggunakan tayar terpakai ialah bentuk angsa, burung merak, bangau, abstrak yang kebanyakan digunakan sebagai bekas bunga dan beberapa set sofa yang sangat cantik dan juga kreatif.
bina dinosor

Menurut Zazali, dia menggunakan sepenuhnya kemahiran pertukangan yang dipelajari menerusi latihan diberikan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) semasa di bangku sekolah dan mengembangkan minatnya seiring peningkatan usia.

Angsa

Pada usia 12 tahun saya sudah berminat dalam kerja pertukangan dan membuat ukiran. Disebabkan itu saya menyertai latihan dianjurkan Kemas untuk masyarakat desa biarpun masih bersekolah rendah.

Kemahiran dipelajari sehingga tamat sekolah menengah kerana saya mahu menimba sebanyak-banyaknya ilmu dalam bertukang.

Bagaimanapun, minat dalam pertukangan terpaksa dihentikan sementara sebaik menyertai bidang ketenteraan. Namun, ia tidak pernah padam dan saya sambung semula sebaik bersara.

hiasan 1
Tayar terpakai dijadikan sebagai fokus utama kerana pembuatan kitar semula sejak bulan lalu apabila ia mendapati bahan terbuang itu amat mudah didapati.

Hiasan di taman

Kebanyakan tayar terpakai ini saya beli di kedai tayar pada harga berpatutan. Sifat tayar yang tahan terhadap pelbagai suhu dan cuaca amat sesuai dijadikan hiasan kitar semula terutama di kawasan terbuka.

Lazimnya tayar terpakai digunakan untuk hiasan di taman, tetapi saya menonjolkan kreativiti dengan mereka cipta pelbagai produk hiasan unik seperti kerusi pelamin. Projek terbaharu saya adalah mengolah tayar terpakai ini menjadi bentuk dinosaur berukuran setinggi lebih dua meter.

hiasan 3
Pada mulanya, tayar terpakai ini ini dihasilkan untuk menghiasi laman rumah dan perabot sehingga ia meraih perhatian jiran tetangga yang berminat dengan hiasan rumahnya.

Apa yang lebih menariknya, kesemua produk tayar terpakai itu juga digunakan di dalam rumahnya.

kerusi dibuat sendiri

Katanya, kebanyakan produk tayar terpakai itu dihasilkan itu sekadar menghias halaman rumahnya dan dijadikan perabot kegunaan sendiri sebelum ia menarik perhatian jiran yang kemudian berminat membelinya untuk dijadikan hiasan di kediaman mereka.
perabot buat sendiri

Biarpun tidak sukar menggubah tayar terpakai menjadi bahan dekorasi yang melestari landskap laman, peralatan sesuai turut memainkan peranan kerana material tayar lama ini yang diperbuat daripada bahan lasak memerlukan banyak kudrat.

Selain idea bernas dan kreatif, penggunaan cat dengan warna terang untuk lebih tarikan turut menambah seri produk daripada bahan terpakai.

 

Hebatlah pak cik ini. Semoga terus maju mencipta sesuatu yang lebih kreatif menggunakan tayar terpakai.

 

Sumber: Harian Metro

Comments

comments