Pesawat Airbus ‘Bird Of Prey’ Berkonsepkan Burung Helang

771

Jika dilihat dari jauh adakah ia seekor burung? Ataupun sebuah pesawat yang sedang terbang? Adakah ia kedua-duanya?

Ini adalah beberapa persoalan yang bakal ditanya oleh orang yang melihat pesawat konsep Airbus ‘bird of prey’.

Airbus telah melancarkan reka bentuk pesawat berkonsepkan burung helang yang kelihatan garang semasa terbang di awan. Ini telah diumumkan pada pameran udara Royal International Air Tattoo minggu ini di United Kingdom.

Bird of Prey ialah konsep untuk pesawat elektrik di masa hadapan. Pesawat itu diilhamkan oleh mekanik dasar burung helang, dan mempunyai reka bentuk sayap dan ekor yang menyerupai burung pemangsa.

Sayap pesawat mempunyai bulu pelepah pada hujung sayap yang bergerak dengan bebas. Setiap “bulu pelepah” di hujung sayap ini boleh dikawal bagi memberikan profil sayap yang berbeza.

Rekaan sayap Boeing 777-9X boleh dilipat ketika di lapangan terbang dan dibuka bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api di udara.

Sebelum ini konsep hujung sayap yang bergerak bebas diuji oleh Airbus bagi mengurangkan beban struktur sayap jika pesawat terbang menerusi kawasan udara bergolak.

Airbus berkata, menerusi projek A350 XWB, mereka menyedari alam semula jadi memberikan banyak inspirasi untuk rekaan pesawat masa hadapan yang lebih lestari.

Salah satu sebab kapal ini dibina ialah untuk menjadikan dunia perkapalan lebih lestari. Iaitu dengan membuatkan udara lebih bersih, hijau dan tidak bising berbanding sebelum ini.

Martin Aston- Senior Manager Airbus

Pasti ramai diantara kita tidak sabar untuk melihat burung helang besar, terbang tinggi di awan membawa penumpang.

 

Sumber: AIRBUS

Comments

comments