Pesawat Ukraine Terbakar Sebelum Terhempas, Juruterbang Dilaporkan Tidak Berhubung Minta Bantuan

pesawat ukraine terhempas

Pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Ukraine dilaporkan terhempas di Iran pada Rabu lalu. Di dalam kejadian itu, sebanyak 180 penumpang terkorban ketika dalam perjalanan ke Kyiv, Ukraine. Pesawat tersebut dikatakan terhempas berdekatan Lapangan Terbang Khomeini, Tehran sejurus berlepas.

Menurut laporan awal peyiasat tempatan, pesawat itu dilaporkan telah terbakar sebelum terhempas. Pesawat tersebut mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang. Namun, tidak ada sebarang komunikasi radio daripada juruterbang untuk meminta bantuan.

Sebaliknya, mereka cuba untuk berpatah balik ke lapangan terbang tetapi gagal. Laporan yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasat itu walaubagaimanapun tidak mendedahkan dengan terperinci masalah teknikal yang dihadapi.

pesawat ukraine

Advertisement

Laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Iran berkata, terdapat kenyataan dari saksi di darat dan sebuah pesawat lain yang terbang pada altitud lebih tinggi melihat ianya dijilat api sebelum terhempas.

Pasukan keselamatan Kanada bagaimanapun berkata, wujud bukti satu daripada enjin pesawat berada dalam keadaan terlalu panas. Sebahagian daripada penumpang di dalam pesawat ialah rakyat Iran dan Iran-Kanada.

Tidak mahu serahkan kotak hitam

pesawat ukraine

Iran sebelum ini nekad dengan keputusan tidak menyerahkan kotak hitam pesawat kepada Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar pesawat berkenaan. Jika diikutkan pada undang-undang penerbangan antarabangsa, Iran berhak mengetuai siasatan itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat memberitahu mereka mempunyai peranan dalam siasatan antarabangsa termasuk pesawat Boeing ciptaan negara itu. Pada masa ini, beberapa negara turut menawarkan kepakaran untuk menganalisis kotak hitam tersebut.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi yang timbul dan mengaitkan Amerika Syarikat dalam insiden ini berikutan ketegangan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Iran. Untuk baca kronologi ringkas ketegangan dua negara itu, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kronologi Ringkas Tentang Ketegangan Antara Iran Dan Amerika Syarikat Sejak Pembunuhan Qasem Soleimani.

Comments

comments