Pesilat Malaysia Tidak Diberikan Bantuan Segera, Netizen Pertikaikan Kecekapan Penganjur Sukan SEA 2019

4355

Di media sosial sekarang ini, tular #SEAGames2019Fail dimana ramai yang mempersoalkan kredibiliti penganjur iaitu Filipina. Sebelum ini, banyak fasiliti yang belum siap sepenuhnya semasa Sukan SEA 2019 membuka tirainya.

Baca: “Ada Yang Bertukang Lagi”, Kelengkapan Sukan SEA Filipina Banyak Yang Belum Siap?

Kini sekali lagi penganjur Filipina mendapat perhatian ramai semasa perlawanan yang disertai peserta silat negara berlangsung. Pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir rebah semasa bertemu peserta tuan rumah, Dines Dumaan.

“3 minit pesilat negara Muhammad Faizul Mohd Nasir terbaring unconscious!”

Ramai yang mempersoalkan tentang kelewatan pasukan perubatan membantu beliau yang tercedera. Ini juga menimbulkan kemarahan daripada penyokong kerana terlalu lama masa yang diambil untuk merawat Muhammad Faizul.

“Dah jatuh brader tu, disepaknya lagi muka. Bukan main kau punya lagak. Bukan main.”

Insiden ini sudah tentunya membangkitkan kemarahan netizen bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara lain yang bertanding. Masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati mereka di #SEAGames2019Fail di Twitter.

“First time aku tengok medic biar pesakit baring without no one by his side.”

“Worst organisers ever!!”

“Ini betul-betul pasukan medik ke bukan?”

Walaupun sudah dibawa ke hospital, Muhammad Faizul dilaporkan masih berada dalam keadaan yang lemah. Diharapkan insiden ini tidak akan berlaku lagi di acara sukan yang lain di Sukan SEA 2019 ini. Insiden ini juga telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

Artikel berkaitan: “Ada Yang Bertukang Lagi”, Kelengkapan Sukan SEA Filipina Banyak Yang Belum Siap?

Comments

comments