Petah Bercakap 7 Bahasa Dari Pelbagai Negara, Gadis Melayu Ini Raih Pujian Warganet

Wanita fasih 7 bahasa

Memiliki kebolehan dalam sesuatu bidang merupakan perkara yang sangat membanggakan. Tambah-tambah lagi, apabila seseorang itu mampu mempraktikkan kepelbagaian bahasa  dalam kehidupan seharian.

Menerusi perkongsian gadis Melayu yang lahir di Switzerland ini, dia bukan sahaja boleh bercakap 2 atau 3 bahasa, malah berkebolehan dalam 7 bahasa dari pelbagai negara!

Antara bahasa yang berjaya diterjemah dalam negara tersebut adalah German, French, Chinese, dan Italian.

@saidah.salimReply to @hhunnyy_ i’m still learning? ##fyp? ##multilingual ##malayspeakinggerman ##foryoupage ##fyp ##foryou? original sound – SaidahSalim

Berdasarkan video tersebut, gadis ini turut berkongsi tentang kehidupan dirinya yang disampaikan dalam pelbagai variasi bahasa.

Advertisement

Ujar wanita ini lagi, dia masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mendalami setiap bahasa tau. Hebat kan?

Meninjau ruangan komen pula, rata-ratanya turut memuji kebolehan wanita ini menterjemah bahasa-bahasa tersebut.

Menariknya, video yang mendapat tontonan lebih 700k ini juga telah mendapat perhatian pengacara terkenal, Fedtri Yahya.

Petah 7 bahasa dari pelbagai negara
Sumber : Tiktok

petah 7 bahasa dari pelbagai negara

Wow, moga dapat menjadi inspirasi buat semua. Hebat!

SUMBER

 

 

 

Comments