Petron Nak Bagi Setahun Minyak Percuma Kepada 180 Pelanggan Bertuah

Selalu isi minyak dekat Petron? Korang mungkin berpeluang dapat minyak percuma selama setahun gais.

Menerusi peraduan ‘FuelSyok’, Petron akan pilih 180 pelanggan yang bertuah untuk menerima hadiah bersamaan 150,000 mata Petron Miles. Bukan senang nak kutip mata sampai macam tu tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Petron Malaysia (@petron_malaysia)

Bukan tu jer, hadiah saguhati bernilai 3,000 mata ganjaran Petron Miles akan diberi kepada 1,500 pelanggan.

Advertisement

Macam mana nak menang ni? Senang jer gais, korang pergi je mana-mana Petron dan isi minyak sebanyak RM50 dengan menggunakan kad Petron, secara automatik korang akan jadi antara yang bertuah memenangi peraduan ini.

Jomlah isi minyak di Petron sepanjang 1 Mac hingga 31 Julai ni. Mana tahu kot-kot menang, korang juga yang happy.

Sumber

Comments