Petua Hilangkan Lendir ‘Degil’ Ikan Keli, Guna Hampas Kelapa Je!

Petua bersihkan lendir ikan keli.

Ikan keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Rakyat Malaysia amat menggemari ikan keli yang dimasak pelbagai jenis terutamanya ikan keli masak berlado yang banyak dijual di semua kedai makan.

Sesetengah orang suka makan ikan keli tetapi tidak tahu atau malas untuk menyiang dan membersihkan ikan dengan betul. Ini kerana ikan keli memang memerlukan kaedah pembersihan khas, tidak seperti ikan lain. Lendir yang terdapat pada ikan keli tidak dapat hilang dengan hanya membasuh menggunakan air biasa.

Tular di Tik Tok yang menunjukkan petua mudah untuk menghilangkan lendir ‘degil’ pada ikan keli agar ianya mudah dimasak. Petua yang diberikan amat senang dengan hanya menggunakan hampas kelapa.

Ramai tak tahu, hampas kelapa banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian selain boleh digunakan untuk kecantikan. Jadi, lepas ni jangan buang hampas kelapa ya..

Advertisement

Petua bersihkan lendir ikan keli.

Video itu jelas menunjukkan hampas kelapa dilumur atau digaul bersama ikan keli yang masih hidup seterusnya dibiarkan selama beberapa minit supaya lendir itu melekat pada hampas kelapa. Menariknya, darah ikan keli juga tidak akan lekat pada tangan ketika proses menyiang ikan tersebut.

Jadi bagi anda peminat ikan keli, mungkin selepas ini anda boleh memasaknya sendiri dengan mencuba petua membasuh ikan keli menggunakan petua ini. Tonton video di bawah untuk lebih mudah faham.

@ejueju.okodoko##decixotentions ##petua? bunyi asal – ejueju

SUMBER  

SUMBERTik Tok

Comments