Petua Rumah Kekal Wangi Khas Untuk Anda

2333

Apabila kita pulang ke rumah, pasti kita mahukan rumah yang bersih dan juga kemas. Barulah senang hati nak berehat selepas seharian berkerja.

Nak lagi tenang kita nak rumah sentiasa berbau wangi. Tetapi, kebanyakkan pewangi rumah tak tahan lama. Adakah terdapat cara lain untuk mengekalkan wangian dalam rumah?

rumah besih dan wangi

Seorang pengguna Facebook berkongsi cara-cara mudah nak kekalkan lebih lama bau wangi untuk rumah lebih bersih.

Yang penting, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah dengan 4 cara mudah ini.

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot

habuk tak lekat pada perabot

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Cara-caranya:

Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2. Kilatkan lantai rumah 

kilatkan lantaiLantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Cara-caranya:

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. Wangikan rumah 

wangikan rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cuba gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Cara-caranya:

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan bilik air

segarkan bilik air

Bahan-Bahan:

1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Cara-caranya:

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat mencuba semua. Diharapkan tips ini dapat membantu anda semua di rumah!

Kredit : Nik Zainah Muhammad

Comments

comments