Petugas Kesihatan Di Sepanyol Dalam Bahaya Apabila Lebih 5,000 Kakitangan Perubatan Dijangkiti COVID-19

sepanyol covid-19

Selepas Itali, Sepanyol merupakan negara Eropah kedua yang paling teruk terjejas dengan wabak COVID-19. Mengikuti jejak langkah Itali sebelum ini, Sepanyol telah mengarahkan perintah berkurung selama 14 hari selepas mencatatkan peningkatan kes setiap hari.

Seperti negara-negara lain yang berjuang membanteras wabak ini, petugas perubatan adalah mereka di barisan hadapan sekali yang mengetuai operasi penularan wabak ini. Golongan ini jugalah yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana terdedah dengan pesakit dalam tempoh yang lama.

Ketua Kecemasan Kesihatan Sepanyol, Fernando Simon memberitahu seramai 5,400 petugas kesihatan telah dijangkiti semasa bertugas. Golongan ini dilaporkan tidak mendapat perlindungan yang mencukupi kerana sumber dan bekalan yang semakin berkurangan.

sepanyol covid-19

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Sepanyol kini mencatatkan 3,434 kematian setakat ini di mana kebanyakan yang meninggal dunia adalah mereka yang berusia 70 tahun dan ke atas. Jumlah kematian yang diterima telah mengatasi China apabila seramai 738 kematian dilaporkan dalam masa 24 jam semalam.

Sepanyol kini memasuki hari ke 11 perintah berkurung dan setakat ini sahaja 47,610  kes telah dilaporkan di negara itu. 

Petugas kesihatan di Sepanyol bimbang dengan bekalan perlindungan yang tidak mencukupi telah menyebabkan ramai petugas dijangkiti wabak itu. Mereka juga dihantui mimpi ngeri apabila hospital tidak lagi mempunyai keperluan yang mencukupi untuk menampung pesakit-pesakit. Menurut Simon, Sepanyol kini sedang hampir mencapai kemuncak penularan wabak ini.

Artikel berkaitan: Sepanyol Lanjutkan Tempoh Darurat Apabila Kes Jangkitan Kini Hampir Mencecah 30,000

Sumber

Comments

comments