‘Phoenix’ Diana Wanita Bertudung Pertama, Ahli Gusti Profesional Pertama Dunia

4570

Jika sukan gusti sahaja, pasti ramai dikalangan kita semua beranggapan sukan ini hanya disertai oleh lelaki di Malaysia berbeza dengan masyarakat di luar negara. Ia agak pelik jika kita semua lihat wanita yang sertai sukan gusti. Bukankan begitu?

Apa yang mengejutkan, di negara kita sebenarnya ada seorang ‘Pro Wrestler’ wanita, bertudung pertama di dunia yang menyertai sukan ini.

Nordiana 19, atau lebih dikenali di gelanggangnya dengan gelaran Nor ‘Phoenix’ Diana. Beliau sudah melibatkan dirinya dalam arena sukan gusti ini selama 3 tahun.

Menurut theSundaily, ‘Phoenix’ Diana mula meminati sukan gusti pada usia 14 tahun. Ketika itu beliau amat gemar bermain video game ‘wresling’ bersama adik bongsunya. Dari situlah beliau mula meminati suka gusti dan sering menonton perlawanan ‘wresling’ di televisyen.

Berkecimpung dalam sukan gusti

Kerana terlalu minat dengan sukan gusti, pada usianya 15 tahun, beliau menonton WWE secara langsung yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sejak dari itu saya mula mencari sukan gusti dalam talian dan menghubungi Persatuan Gusti Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai MYPW.

Mulai dari saat itu, saya tekad untuk menyertai mereka dan berlatih untuk mengecapi impian saya menjadi ahli gusti profesional.

Walaupun begitu, MYPW tidak memberi layanan berbeza walaupun dia seorang wanita dan bertudung.

Saya merupakan salah seorang dari dua wanita yang dilatih dalam sukan tinju yang dilatih bersama lelaki.

Jurulatih kami adalah Ayez Shaukat Fonseka. Beliau adalah seorang jurulatih yang hebat di Malaysia.

Gelaran Phoenix

Beliau turut menceritakan mengapa beliau digelar Phoenix.

Selepas dua bulan saya berlatih untuk sukan gusti, saya terpaksa mengantikan seorang ahli gusti pada satu pertandingan. Masa itu saya sangat terkejut kerana saya baru belajar beberapa teknik dengan betul.

Pada waktu itu saya juga masih belum mempunyai identiti diri sendiri dan kostum untuk berlawan. Jadi saya pergi ke kedai baju terpakai untuk dapatkan pakaiaan, tetapi masih belum dapatkan nama untuk berlawan.

Jurulatih berikan nama ‘Phoenix’ berserta ‘luchador mask’ untuk dipakai bagi menunjukkan identiti saya semasa bergusti.

Reaksi pertama orang terhadap dirinya

Ramai orang akan melihat saya pelik kerana badan saya saiz kecil berbanding ahli gusti lain. Tetapi sesetengah orang, tidak dapat mengagak adakah saya perempuan ataupun seorang lelaki kerana saya memakai topeng.

Tidak seperti ahli gusti wanita lain yang memaparkan wajah mereka semasa berlawan. Jujurnya, saya lebih memilih tidak memakai topeng semasa berlawan.

‘Phoenix’ Diana berkata, beliau sangat menyukai sukan gusti dan apabila berada di gelanggang, ia memaparkan sisi lain dalam dirinya.

Reaksi orang ramai terhadap ‘Phoenix’ Diana tanpa ‘luchador mask’

‘Phoenix Diana’ mahu bermain sukan gusti tanpa memakai ‘luchador mask’. Tetapi beliau takut orang akan memberi reaksi negatif terhadap wanita berhijab dalam sukan gusti.

Pertandingan sukan gusti pertama tidak memakai ‘luchador mask’ adalah di Singapura pada SPW: Ladies Night (Singapore Wrestling).

Apabila nama ‘Phoenix’ Diana diumumkan, ramai yang terkejut melihat beliau tanpa ‘luchador mask’ dan melihat bahawa beliau bertudung.

Sejak dari hari itu, saya tidak lagi menutup muka dan mendedahkan identiti diri saya.


Walaupun beliau seorang wanita yang bertudung, ini tidak mematahkan semangat ‘phoenix’ Diana mengejar cita-citanya sebagai wanita bertudung pertama di dunia yang menyertai sukan gusti.

Ingat sebagai seorang wanita bertudung, jangan ingat anda tidak boleh mengejar impian dalam kehidupan. Semoga berjaya untuk wanita bertudung di luar sana!

Sumber:theSundaily

 

Comments

comments