Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Lepasi Ujian Keselamatan Manusia

320

Salah satu kaedah merancang kehamilan yang berkesan ialah pengambilan pil perancangan yang menjadi tanggungjawab wanita. Jika si suami ingin membantu, teknik yang sering digunakan ialah memakai kondom, pancut luar dan vasektomi. Terbaru, dengan teknologi yang semakin berkembang dan canggih, pil perancang untuk lelaki telah pun melepasi ujian Fasa 1 iaitu “human safety tests” / ujian keselamatan manusia.

pil perancang kehamilan

Keputusan ujian tersebut telah dibentangkan pada 24 Mac lalu di mesyuarat tahunan Endocrine Society’s bertempat di New Orleans, La. Satu eksperimen di mana 40 orang lelaki telah diberikan pil 11-beta-MNTDC atau pil “tipu” secara rawak. Mereka kemudiannya mengambil pil tersebut selama 28 hari selepas makan. Tiada lelaki yang mengalami masalah enggan melakukan seks dan tiada yang berhenti mengambil ubat tersebut walaupun terdapat beberapa kesan sampingan seperti pening kepala, jerawat dan kepenatan.
male
Kesimpulan yang dapat dilakukan menerusi ujikaji tersebut ialah pil perancangan kehamilan lelaki yang menggabungkan aktiviti 2 hormon (androgen & progesterone)ini berjaya mengurangkan bilangan sperma tanpa menganggu keupayaan libido lelaki. Walaupun begitu, tempoh ujian selama 28 hari adalah terlalu singkat untuk memastikan keberkesanan pil tersebut. Sumber technologynetworks.com.

Comments

comments