Pisau Lipat Dicucuk Di Tepi Papan Gelongsor Ancam Keselamatan Kanak-Kanak

papan gelongsor

Beberapa pisau lipat dijumpai dicucuk di tepi papan gelongsor dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini membangkitkan kemarahan netizen. Gambar yang kini viral di media sosial ini menunjukkan kesan darah di papan gelongsor dipercayai akibat perbuatan kejam ini.

Tindakan kejam ini telah mencederakan beberapa kanak-kanak yang bermain di papan gelongsor itu berdasarkan kesan darah yang berada di situ. Pisau lipat yang dicucuk di situ dilihat sebagai satu aksi yang disengajakan oleh individu lain.

papan gelongsor
Sumber
papan gelongsor
Sumber

Tak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar kejadian tetapi ada yang mendakwa kejadian ini berlaku di luar negara berdasarkan gambar lengan saksi di dalam gambar. Kalau diikutkan, pakaian tebal macam tu sudah tentunya dipakai di negara yang beriklim sejuk dan bukannya di Malaysia.

Walaupun kejadian ini mungkin bukan berlaku di Malaysia tetapi orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di taman permainan. Ini juga boleh dijadikan pengajaran untuk ibu bapa supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Comments

comments